Pada hari Selasa 30 Ogos 2022, Pertubuhan Serikat Rakyat Malaysia(SERIKAT Malaysia) telah terlibat dalam Sesi Libat Urus Bajet 2023 dipengerusikan oleh YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I bertempat di Cyberview Resort and Spa,The Lodge, Persiaran Multimedia Cyberjaya.
Sesi Libat Urus Bajet 2023 ini berlansung pada jam 4.00 hingga 6.00 petang bersama-sama perwakilan belia berkepentingan.SERIKAT Malaysia telah diwakili oleh saudari Siti Zaleha Abdullah , Felo Penyelidik.
Antara cadangan yang dilontarkan oleh SERIKAT Malaysia dalam sesi tersebut adalah pembangunan perumahan khas belia mengikut desil pendapatan, pelaksanaan peratusan bayaran sewa sebagai simpanan paksa untuk bayaran muka(downpayment), peningkatan peratusan minimum penyediaan rumah mampu milik khas belia di setiap negeri dan lain-lain.
Comentarios