top of page
Writer's pictureSerikat Malaysia

(BM) SERIKAT MALAYSIA DALAM DIALOG ANAK MUDA BERSAMA YB RADZI JIDIN.

Updated: Sep 15, 2022



Pada 10 September 2022 (Sabtu), Pertubuhan Serikat Rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam Program Dialog Anak Muda Putrajaya : Pendidikan dan Masa Depan Malaysia bersama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Radzi Jidin.


Sesi Dialog Anak Muda ini telah berlangsung pada pukul 8.00 malam di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Sesi dialog ini turut dihadiri oleh perwakilan-perwakilan belia yang lain. Serikat Malaysia telah diwakili oleh Aliah Zairol, Pengarah Penyelidikan.


Pihak Serikat Malaysia telah menyampaikan idea polisi kami mengenai dasar pendidikan negara dan juga telah menyerahkan dokumen Manifesto Belia kepada YB Menteri yang mengetengahkan tiga komponen utama, iaitu reformasi institusi, ekonomi dan sosial yang ditawarkan khususnya berkaitan peranan belia dan masa depan negara.



11 views0 comments

Comments


bottom of page