Pada 11 September 2022 (Ahad), Pertubuhan Serikat Rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pentas Interaksi Anak Muda bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Port Dickson.
Sesi dialog Pentas Anak Muda ini telah berlangsung pada pukul 11.00 pagi dan bertempat di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Damansara. Sesi dialog ini turut dihadiri oleh perwakilan-perwakilan belia, NGO dan orang awam. Serikat Malaysia telah diwakili oleh Aliah Zairol, Pengarah Penyelidikan.
Serikat Malaysia telah menyampaikan idea polisi kami mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan reformasi Dewan Negara dalam meningkatkan penglibatan belia dalam pembuatan polisi negara. Serikat Malaysia juga telah menyerahkan dokumen Manifesto Belia kepada YB Dato' Seri dan menyatakan hasrat kami untuk berdialog dengan beliau mengenai Manifesto Belia yang dibawa oleh kami.
Comments