Sumbangan Pendidikan Rakyat
Sumbangan Pendidikan Rakyat merupakan satu inisiatif kempen yang dijalankan oleh Pertubuhan Serikat Rakyat Malaysia.
​
Sumbangan wang ini akan digunakan untuk membekalkan murid-murid yang menyertai Program Tuisyen Percuma (Project IQ) dengan makanan yang SIHAT & BERKUALITI.
​
Jika mempunyai sebarang soalan, sila klik Hubungi Kami.
Atau
Sasaran Sumbangan
RM 15,000 adalah sasaran sumbangan kami. Semua sumbangan ini akan digunakan untuk menampung penyediaan makanan berkhasiat kepada pelajar-pelajar Tuisyen Percuma Serikat Malaysia
Apa Itu Project IQ
Pendidikan Hak Semua Rakyat
Program Tuisyen Percuma (Project IQ) merupakan satu inisiatif oleh Serikat Malaysia dalam memberi Pendidikan kepada kanak-kanak Pangsapuri Bistari Kota Damansara.
​
Terdapat dua subjek yang menjadi focus iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik dengan jumlah pelajar adalah seramai 15 orang.
​
Pada sesi baharu, Serikat Malaysia akan mewujudkan dua kelas bagi setiap subjek dalam menampung permintaan tinggi oleh ibubapa untuk menghantar anak mereka ke kelas Tuisyen Percuma.
​
Pada akhir pembelajaran, Serikat Malaysia akan membekalkan makanan dan minimum percuma kepada semua pelajar. Misi kami adalah membekalkan makanan dan minuman berkhasiat dan berkualiti kepada para pelajar.
​
Jumlah pelajar bagi sesi baharu adalah seramai 25 orang bagi 40 kelas. Kelas pertama tahun ini akan bermula pada 2 Mei 2023.